Pagi tu badan Intan mula hangat. Intan demam. Mama dengan ayah bawa gi klinik. Suhu badan Intan 38 dan doktor masukkan ubat SUPP dubur. Balik rumah Intan baring depan tv. Intan tertidur. Suhu badan Intan kembali normal. Tengahari tu nenek datang sebab Intan cakap dia rindukan nenek. Nenek urut-urut Intan.
Isnin pukul 7 petang lepas minum susu intan tertidur. Mama duduk sebelah Intan. Tiba-tiba Intan tercungap-cungap. Mama panik mama terus angkat Intan nak bawa ke klinik. Mase mama angkat Intan tu Intan terus tak sedarkan diri. Kuku kaki dan tangan Intan kebiru-biruan. Mama lemah. Intan, sebelum ni Intan tak pernah demam macam ni.
Intan dibawa ke klinik, smpai klinik doktor terus refer Intan ke Hospotal sebab keadaan Intan terlalu lemah. Intan dibawa ambulan ke hospital selayang. Sampai hospital, Intan dibawa ke ICU. Doktor tanya kat mama macam mana Intan boleh pengsan. Dia ade terjatuh atau ape-ape ke..Mama cakap takde. Setelah scan dibuat, Doktor sahkan Intan menghidap ketumbuhan otak dan ketunbuhan itu berada di sebelah saraf. Ketumbuhan tu membesar terkena saraf dan saraf pula pecah. Intan berada pada tahap paling kritikal. Terduduk mama dan ayah saat dapat tahu berita itu. Intan...kenapa langsung tiada tanda yang Intan sakit. Intan macam kanak-kanak perempuan normal yang lain. Dia cuma 4 tahun.
Pagi rabu doktor minta mama buat keputusan. Doktor kata Intan hanya bergantung pada mesin sementara semua organ-organ dalamannya telah berhenti berfungsi. Sepakat berbincang dengan ahli keluarga, mama buat keputusan untuk buat solat hajat dan istikharah pada malam rabu tu, untuk minta petunjuk daripada-Nya. Saat mama berehat di bilik menunggu, jam 4.50 petang, Doktor call mama minta mama masuk ke icu..masa mama melangkah masuk, nurse dah tunggu mama di pintu..nurse cakap, sabar puan, adik Alya Raihanah telah tiada. Mama... tiada linangan air mata, mama redho..Intan pergi kembali kepada Maha Pencinpa-Nya.
Pagi khamis, Intan selamat dibumikan di tanah perkuburan Islam sri gombak.
Intan,
sungguh sekejap Intan dipinjamkan kepada kami.
Tentu adik dan kakak Intan rindukan Intan.
Intan anak yang baik.
Tak pernah sakit. Langsung tak menunjukkan tanda yang Intan sakit.
Bibik Yan akan sentiasa rindukan Intan. Intan anak saudara bikyan yang paling baik. Semoga Intan aman di sana. Kami semua saaaayang Intan.
Mama teringat...
Intan pernah cakap kat mama..
Mama, Intan nak pindah.
Mama tanya, Intan nak pindah mana?
Intan jawab, Intan nak pindah jauh-jauh..rumah Intan cantik sangat.
Intan masa raya tahun lepas. |
sedihh..tentunya arwah akan menanti ibu bapanya di pintu syurga..
BalasPadam