Selasa, 23 April 2013

Lapan bulan

Makin adventure dia ni..lasak umang aih. Manjat-manjat berdiri pastu goyang-goyang montot. Ewahhh!! Macamkan dah kuat sangat kaki tu. Kuat menjerit, kuat melalak, kuat makan, kuat nenen, segala yang kuat tu bagi kat dia lah.. Tapi bab tido dia x kuat.. Tido tak sampai setengah jam dah bangun. Stress mak incik.





Isnin, 8 April 2013

BF dan masalah gigi

Bukan boifren.. Tp breast feed..sape-sape yang bf ni memang akan ade masalah gigi kan . Eh ke aku sorang je? Aku tiap kali pregnant ngan bf memang klinik gigi akan jadi tempat wajib pegi.. Aku syak la kan kita mak mak ni kan produce milk pada baby. Milk tu plak kan kaya dengan kalsium.. Mane plak datangnya kalsium tu kan mestilah diserap dari kita mak mak ni.. Sekarang ni pun gigi aku tengah sakit.. Sebelum bersalin aritu aku awal- awal dah gi tampal gigi sebab tanak ade masalah gigi lepas bersalin ni.. Siap buat root canal lagi yang dia punye sakit tahap nak terajang orang walaupun orang tu laki ko sendiri...eh.. Tak baik dosa.. Tak cium bau syurga nanti. Tapi series cakap memang sakit oo.. Mase buat tu tak sakit sangat sebab bius kan tapi lepas ubat bius tu abis kesannye memang mengongoi aku nangis.. Nak beranak pun aku tak nangis camtu T_____T

Ni dah 8 bulan aku full bf dak nena ni tetiba gigi geraham aku berlubang..kiri kanan pulak tu. susah hati aku dibuatnye nak kene mengadap doktor gigi lagi. Tapi tak sanggup plak nak tahan sakit gigi lama- lama. Kali ni aku ingat nak mintak doktor gigi tu pakai topeng Dazrin la.. Mungkin fear factor aku berkurangan dengan cara itu.

*gambar penyeri majlis budak bermata juling*



Sabtu, 6 April 2013

Anak menteri ke ko??

Budak ni la..
Belum ape-ape lagi dalam kereta dah cakap.

'Kak ngah suka makan kat tempat yang ade ekon je mcm pizza hut!'

Kemain lagi kan.. Sajak sangat ni. Sekali bapak dia bawak makan kat kedai tomyam siye..kat kedai tu jugak dia jerit

'Kak ngah suka makan kat kedai yang ade ekon.. Kedai ni takde ekon!

Budak ni la budak ni.

Yang salah masuk perut ni.