Selasa, 29 November 2011

Tuisyen Di Rumah

Tadi siang pegi jj kat Ayer Keroh tu, mencari buku-buku untuk kakak.  Since dia dah start cuti sekolah ni,  mama kenelah tuisyenkan dia..Kakak ni pendidikan awal dia semuanya start dari aku sebenarnye.  Seawal umur dia 2 tahun dia dah kenal ABC 123..sebab mase tu aku masih lagi mengusahakan taska.  Masuk umur 5 tahun baru aku masukkan dia kindy.  So cuti-cuti sekolah ni kenelah jugak ajar dia untuk sharpen her mind..  Kalau ikutkan dia celik-celik mata bukak CD cite Barbie, Smurf, Rio ,Toyol pastu repeat balik selagi cd tu tak calo-balo selagi tu la direpeat sampai aku lak naik kembang tekak pastu dah boring dia tukar plak main game kat lappy.  Budak ni kemain lagi dah pandai google search, type je game ape yang dia nak main...dah bosan main game kang tengok you tube plak..bila aku bising kate lappy panas kang meletop dia shutdown le tapi ganti plak dgn hp aku main game jugakk...gile otak game betul anak aku ni...  Bila tengok rutin dia yang macam tak berapa nak sihat je ni kan tu yang aku start enjin kete pastu laju-laju gi jj carik buku...siap ye kakak...sok pagi-pagi mama kejut kita bukak pusat tuisyen kat uma lak...
Awasla orang taman-taman aku sekelian...Cikgu Singa dah start mengajar esok..tahanla telinga korang ye!

*p/s-aku seorang cikgu yang gila babeng punya garang.

Isnin, 28 November 2011

Kakak's Graduation and Concert Day

Opocot! tetiba gambo orang tua ni plak...sebenarnye nak focus kat budak yg pegang bunga manggar kt belakang tu!  dari situlah all the budaks akan masuk.

Inilah kakak..1st from right! tersengih je bila nampak mama papa kt situ!

Lagu ape eh dorang nyanyi mase ni..dah lupe la..rasa sayang kot..

tarian 3 budaya

see my dotter

Koir 1 Malaysia

1st on the left side

Enjoy singing

buat-buat tak nampak mama padahal mama kat depan mata dia jah..

tarian cina

Haiqal Adam on the 1st position..tahniah Adam

Kat luar auditorium...kakak suppose to be on stage.  Dia dapat tempat ke3 dalam kelas tapi masa MC panggil nama dia boleh techer dia cakap absent...laki aku dah baran dah mase tu sebab dia dah ready kt depan stage nak snap gambar...mood terus jatuh mendadak...kate dah rehearsel 3 hari tapi majlis run tak smooth langsung...hati mak sentap!

Tak dapat amik gambar atas stage kita amik gambar kat depan pintu jelah nak ye!

With papa-dapat lucky draw jugak tapi dia punya jajan alahai...sedihhh!

and mama too

yang poyo

**farewell to all teacher and friend coz next year kakak wont be at this kindy again...Alhamdulilah dapat masuk pre-school!  Nak biasakan diri dengan primary school pulak pasni supaya masuk darjah 1 nanti takdelah haru biru sgt kann..babai TASAS!!

Ahad, 20 November 2011

I'm big enough...

i'm big enough to karok with my mumsy and papito


my favy song..dan sebenarnye ku mengharapkan dam dam dam dam


i'm big enough to pose and make a peace sign


peace yoo..


am i too big to do this thing??




who's care sebab i baru 5 tahun okay...my mumsy je yg lorat kate i big girl..

Sabtu, 19 November 2011

Khamis, 17 November 2011

ekkiusme...tolong behave sikit boleh?

Aku tujukan kat laki aku niha..
Aku tengah makan tepanjat..
Aku tengah basuh pinggan tepanjat..
Aku tengah basuk yak anak pon tepanjat...
Semua gara-gara dia tengok bola Malaysia vs Indonesia. Golnye baru sekali ni ha tapi dia punye jerit berkali-kali...
Tepanjat boboi tawww...
Nasib baik ai takde sakit jantung..

Paman Arol Kitew Kawin Leww

Let the picture do the talking...












Rabu, 16 November 2011

Cik Raudhah New Look

Tak reti diam sampai hairdresser pun naik pening

Dah kontot rambut 

Selasa, 15 November 2011

Pap Smear

Siyes wey aku tak penah buat sebelum ni.  1st time buat ni.  Niat nak buat tu memang dah ade lama tinggal lagi kalau dah tertulis dalam buku takdir aku akan buat pap smear ni 2 minggu yang lepas maka 2 minggu yang lepasla aku gi buat.  Tu pun awal2 call Klink Dr Chia pakar O&G kat Hospital Pantai  whether bleh buat kat klinik dia terus atau kene gi register kat admin ke ape..and absolutely mana-mana klinik O&G pun bleh buat kan.

Sekarang aku dah boleh belagak and bagi advise plak pada sape-sape yang lom penah buat tu silalah gi buat sebab ianya memang tak menyakitkan plus untuk kesihatan diri kita juga kan.  Ceh ceh ceh...

Sape yang sepatutnya buat Pap Smear ni?  Sila refer rajah di bawah.

Kopi pes dari Kotex.com.my
Yang ni plak adalah faktor yang meningkatkan risiko mendapat Kanser Serviks..Aku kopipes kat kotex.com.my gak..


  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.
  • Melakukan seks ketika masih muda.
  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.
  • Sistem Imun LemahStres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.
  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!


Seelok-eloknya jangan bersama suami 2 hari sebelum buat Pap Smear sebab itu mungkin akan menjadi kekeliruan pada sample yang di ambil nanti. Doctor kuit sikit je pun tak sakitla..hehe.. Doctor juga akan buat pemeriksaan pada payudara korang and scan rahim sekali . Dan terakhirnya jangan lupe pakai baju yang agak labuh kalau tak nanti korang gak yang akan malu-malu kucing..hehehe..okey..Sekian saja sedikit bual bicara bersama Doktor Yan.

Gigih anak beranak tunggu mama sambil makan cupcorn.  Sayang semua ketat-ketat..

Di hujung Benua Asia


Lokasinya adalah kat Tanjung Piai dalam daerah Pontian.  Lepas BIL nikah petang jumaat tu terus kitaorang bedesup gi sini. Masa tu dah pukul 6 lebih so jalan laju-laju nak gi kat Dataran tu.  Nak masuk kene bayar RM5.  Monyet banyak kat dalam ni.  Gambar mengikut turutan yang betul.  Memula jumpa landmark ni pastu masuk dalam bangunan dia beli tiket entrance kat situ pastu ade laluan untuk menuju ke Dataran tu.  Jauh gak le dalam 625meter kot.  Kalau tak salah la.


Tengok monyet banyak wey..siap dukung2 anak bagai
Papa nampak mende alah ni terus soh amik gambo..mak pun redho je la tak ikut kang derhaka plak..fanatik liverpool katenye kannn
Pathway to Dataran kene lalu kat kawasan hutan bakau ni.
Taraaaa....inilah datarannya!
Dalam gown budak 2 ni ade kipas sbb tu terkembang-kembang
Kumbang sekor
Dah dekat senja sebab tu gelap sikit
Banyak kapal parking.  Dekat plak tu.  Tetiba rase seram takut kene tsunami cepat-cepat  jalan balik kat kete.

Selasa, 1 November 2011

Tertunai jua hajat sang nenek

Aku punya hajat....
Hajat yang lama terpendamm..
Memang dah lama aku nak buat benda ni..
Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan..
Makin lama aku pendam makin pedih rasenye..
Dan tak tertanggung lagi..
Ibarat kera tak dapat pisang..
Makanya..
Aku nekad..
Hajatku harus ditunaikan segera..
Petang ini juga aku mesti buat..
Aku dah tak peduli lagi dengan pandangan jiran terhadap aku..
Aku mesti..
Mesti..
Dan akhirnya..
Oleh kerana keadaan cuaca yang memihak kepada aku..
Ku toleh kiri ku toleh kanan ku tengok line clear..
Cepat-cepat aku buka pintu belakang..
Kat depan tokleh sebab malu dengan orang yang lalu lalang..
Aku sarungkan selipar jepun..
Sambil senyuman terukir lebar di bibir..
Menandakan bahawa aku puas...
Aku berjaya...
Wihuuuuu...
Syoknya MANDI HUJAN...
Dah lama aku ngidam nak buat wey!