Selasa, 15 November 2011

Pap Smear

Siyes wey aku tak penah buat sebelum ni.  1st time buat ni.  Niat nak buat tu memang dah ade lama tinggal lagi kalau dah tertulis dalam buku takdir aku akan buat pap smear ni 2 minggu yang lepas maka 2 minggu yang lepasla aku gi buat.  Tu pun awal2 call Klink Dr Chia pakar O&G kat Hospital Pantai  whether bleh buat kat klinik dia terus atau kene gi register kat admin ke ape..and absolutely mana-mana klinik O&G pun bleh buat kan.

Sekarang aku dah boleh belagak and bagi advise plak pada sape-sape yang lom penah buat tu silalah gi buat sebab ianya memang tak menyakitkan plus untuk kesihatan diri kita juga kan.  Ceh ceh ceh...

Sape yang sepatutnya buat Pap Smear ni?  Sila refer rajah di bawah.

Kopi pes dari Kotex.com.my
Yang ni plak adalah faktor yang meningkatkan risiko mendapat Kanser Serviks..Aku kopipes kat kotex.com.my gak..


  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.
  • Melakukan seks ketika masih muda.
  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.
  • Sistem Imun LemahStres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.
  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!


Seelok-eloknya jangan bersama suami 2 hari sebelum buat Pap Smear sebab itu mungkin akan menjadi kekeliruan pada sample yang di ambil nanti. Doctor kuit sikit je pun tak sakitla..hehe.. Doctor juga akan buat pemeriksaan pada payudara korang and scan rahim sekali . Dan terakhirnya jangan lupe pakai baju yang agak labuh kalau tak nanti korang gak yang akan malu-malu kucing..hehehe..okey..Sekian saja sedikit bual bicara bersama Doktor Yan.

Gigih anak beranak tunggu mama sambil makan cupcorn.  Sayang semua ketat-ketat..

2 ulasan:

  1. ape pakaian pakai buat pap smear cik yan?

    BalasPadam
  2. pakai baju t-shirt @ blouse yg labuh sbb nnti kan kita kne buka smua pant yg kita pakai trmasuk panties..hehe

    BalasPadam