Rabu, 14 Disember 2011

Miss My Melaka

Petang bila papa balik dari course kitaorg akan kelua jln2 cari makan.  Tapi yang bosannye KL ni jem memanjang bikin kitaorang semua stress..lalulah ikut ceruk mane mesti jem punye..Semalam sekali lagi stuck dalam jem laki aku dah bebel2 sakit plak telinga aku mendengarnye las2 aku bebel dia balik terus dia plak yang sakit telinga.  Plannya nk gi mkn, biase jalan kaki je tp ptg semalam kan ujan renyai-renyai lecehla nk jalan kaki bwk payung sambil dukung ini budak lagi.  Awal-awal aku dah warning kul 9 musti balik bilik sebab aku nk tgk cinta elysa final episod.  Kitaorg kelua smlm kul 6.45 sampai kt hotel smula tepat kul 9 dan kitaorg kelua tu semata2 nak tempuh jem je tak dapat berenti mkn kt mn2 pun...boleh camtu?

Dah 4 hari kat sini dah rase bosan ya amat..

Esok petang dah balik melaka.  Rindu sangat kat rumah.  Rindu kat bantal.  Rindu kat katil.  Rindu kat sofa.  Rindu kat dapur.  Rindu kat meja makan.  Rindu kat peti ais.  Rindu kat lesung batu.  Rindu kat pokok cili..pokok kailan aku mesti dah boleh tuai agaknye...tak sabar nak balik.

Kat melaka ade awan yg cantik camni...eh mcmla kt tempat lain takde awan ye.

kat melaka pun ade dessert jugak tapi rosenye takde.

Selepas Makwo pergi...Paman pula menyusul..

Malam tadi terima berita Paman aku yang dok kt PD tu meninggal dunia.  Paman ni suami kepada adik mak aku..Sebelum dikesan menghidap brain tumor, paman aku ni demam n sakit kepala x baik-baik sampai admitted hospital PD n doktor kata darah tinggi...bila dah discharge tapi keadaan dia masih mcm tu jugak maka anak-anak dia decide masukkan dia kat KPJ Specialist Seremban n doktor kat sana la yg sahkan paman ade brain tumor.  Doktor juga bgtau yang ade kemungkinan paman cuma mampu bertahan sampai setahun saje.  Mase tu aku ade ziarah paman dan tengok keadaan dia lemah sampai dia tak mampu nak bercakap dengan kami.  Biase paman ni memang ceria orangnya. Isnin last week paman dimasukkan ke hospital semula sebab dia x sedarkan diri dan semalam sepatutnya dia buat pembedahan buang cecair dari dalam otak..sayangnya TUHAN LEBIH SAYANGKAN PAMAN...


Teringat mase kecik dulu aku cukup suka kalau paman datang uma aku sebab boleh panjat dan naik lori...paman aku dulunya seorang pemandu lori tanker..

Sayangnya laki aku masih dalam kursus dan aku plak xtau nak drive kelua dari KL ni kalau x aku boleh gi ziarah bwk anak-anak je.  Laki aku suh ikut signboard tapi aku x confident la...Aku takut sesat plak kang tau-tau dah sampai ke sempadan thailand terus kene tangkap sebab takde passport.

Aku iringkan bacaan yassin dari dalam bilik hotel saje semoga roh paman dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

*paman itu adalah pakcik dalam bahasa jawa*

Yang paling kiri tu lah  paman, tengah tu abah aku kanan BIL aku ..gambar ni mase aku buat mjlis akikah dak putri raudhah.

Selasa, 13 Disember 2011

Meet my old fren!

Ingatkan x bawak kabel kamera rupenye ade..hehe..petang ahad tu jalan kat pavillion.  Sekalinye laki aku cakap...
" Eh mama, kenal tak tu?"
Aku pun usha..rupenye kawan lama..
Excited jumpa dia..tak sangka lak bleh jumpa dia kat sini.
Mugkin dia nak beli baju kot...tak pun kasut..tak pun beg..tak pun stokin..tak pun tie..ape-ape jela pun yang dia nak beli aku gembira sebab jumpa dia kat sini.
tapi aku malu nak snap pic dengan dia..laki aku nak bergambar dengan dia pun aku tak bagi..aku kate..
"eeehh tak payahla..ko pakai seluar pendek ni..mesti dia tanak amik gambar dgn ko"

s0..
meet my old fren..
very old fren..
which i adore sangat..





gambar jarak jauh pun jadila kann..kawan lama la sangat!

Jumaat, 9 Disember 2011

Prosperity Burger...kini kembali...selamat menggemukkan badan Cik Yan!

Para penggemar prosperity burger kini boleh menikmati burger kegemaran anda ni sampai juling-juling bijik mata.



Setakat ni aku dah makan 2 kali..aku rase aku akan makan benda ni tiap-tiap minggu kot.  Adeh...55 kg dah ni!(pura-pura mengeluh lagi)

Khamis, 8 Disember 2011

Pegaga + Udang dimasak secara lemak cili padi

Add caption
Ambik pinggan pastu makan secara beria pastu pura-pura mengeluh sebab badan makin berat.