Rabu, 14 Disember 2011

Selepas Makwo pergi...Paman pula menyusul..

Malam tadi terima berita Paman aku yang dok kt PD tu meninggal dunia.  Paman ni suami kepada adik mak aku..Sebelum dikesan menghidap brain tumor, paman aku ni demam n sakit kepala x baik-baik sampai admitted hospital PD n doktor kata darah tinggi...bila dah discharge tapi keadaan dia masih mcm tu jugak maka anak-anak dia decide masukkan dia kat KPJ Specialist Seremban n doktor kat sana la yg sahkan paman ade brain tumor.  Doktor juga bgtau yang ade kemungkinan paman cuma mampu bertahan sampai setahun saje.  Mase tu aku ade ziarah paman dan tengok keadaan dia lemah sampai dia tak mampu nak bercakap dengan kami.  Biase paman ni memang ceria orangnya. Isnin last week paman dimasukkan ke hospital semula sebab dia x sedarkan diri dan semalam sepatutnya dia buat pembedahan buang cecair dari dalam otak..sayangnya TUHAN LEBIH SAYANGKAN PAMAN...


Teringat mase kecik dulu aku cukup suka kalau paman datang uma aku sebab boleh panjat dan naik lori...paman aku dulunya seorang pemandu lori tanker..

Sayangnya laki aku masih dalam kursus dan aku plak xtau nak drive kelua dari KL ni kalau x aku boleh gi ziarah bwk anak-anak je.  Laki aku suh ikut signboard tapi aku x confident la...Aku takut sesat plak kang tau-tau dah sampai ke sempadan thailand terus kene tangkap sebab takde passport.

Aku iringkan bacaan yassin dari dalam bilik hotel saje semoga roh paman dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

*paman itu adalah pakcik dalam bahasa jawa*

Yang paling kiri tu lah  paman, tengah tu abah aku kanan BIL aku ..gambar ni mase aku buat mjlis akikah dak putri raudhah.

3 ulasan: