Isnin, 11 April 2011

Saya Sudah Menonton RIO...



Memula nak tengok movie ni on Friday night tapi Wak Rapi (wah kali ni telah meng"wak"kan laki hakak) tu dia takmo ketinggalan tengok cite Maharaja Lawak maka dipospon la bawak ke hari ahad....tahan telinga dia dengar Cik Tom bentak-bentak sebab merajuk nak nengok Rio mlm tu jugak tapi bila Wak dah kata hari ahad maka hari ahadla jadinye.

Gile punye semangat pepagi lagi dh bangun terus kejut hakak...mama, bangun dah siang! kata nak gi tengok Rio!!..terus mandi2 dan bersiap..begitulah bersemangatnye dia nak gi sekolah pun x semangat mcm tu...

Kelua dari uma pn matahari dh tegak atas kepala, perut harus diisi dulu sebab nanti gastrik hakak datang plak (bila tiba bab makan dan-dan ade gastrik)

The Show start on 2.35pm dan lokasinye adalah mcm biase takmo pegi tempat lain dah tempat ini adalah kecintaan kami sekeluarga iaitu GSC Dataran Pahlawan.

Sipnosis cerita adalah seperti berikut.....sila baca dengan penuh perasaan

Seekor anak burung macaw berwarna biru telah ditangkap untuk diseludup ketika masih kecil.  Lori yang membawa burung tersebut telah berhenti secara mengejut di persimpangan lampu isyarat lalu tercampaklah keluar sebuah kotak dimana didalamnya adalah burung macaw tersebut.

Sangat bernasib baik kerana ia telah ditemui oleh seorang kanak-kanak bernama Linda dan telah mengambil keputusan untuk membela ia lalu diberi nama BLU.

Blu dan Linda membesar bersama-sama dan Blu menjadi seekor burung yang sangat bijak tetapi tidak pandai terbang sehinggalah pada suatu hari seorang doktor bernama Tulio telah datang menemui Linda dan memaklumkan bahawa Blu adalah species terakhir bagi burung macaw berwarna biru.  Maka bagi melogikkan jalan cerita Blu hendak "dikenen-kenenkan" dengan seekor burung betina dari species yang sama dengan tujuan pembiakan supaya species tersebut tidak akan pupus. 

Setelah bersetuju Linda dan Blu dibawa ke Pusat Penyelidikan dimana burung macaw betina tersebut ditempatkan iaitu di Rio De Jeneiro.

Burung betina itu diberi nama Jewel sangatlah Cengir dan garang serta ego.  Jewel sebenarnye nak escape dari pusat penyelidikan tu tapi pada malam kejadian Blu dan Jewel telah diculik oleh oleh seorang budak lelaki lalu dijualnya kepada penyeludup burung.  Penyeludup burung tu pulak ade seekor burung jahat bernama Nigel yang tugasnye adalah menjaga burung-burung lain supaya tidak terlepas....gila jahat Nigel ni...

Dek kerana kebijaksanaan Blu dan Jewel maka mereka berjaya meloloskan diri tetapi dalam keadaan kaki mereka terantai bersama. Di hutan mereka bertemu dengan Rafael yang banyal membantu mereka dalam usaha menyelamatkan diri dari Nigel.  Tiba-tiba jari hakak jadik lenguh dan rase mcm dh malas nak taip lagi maka korang kenelah gi tengok cite Rio ni sendiri kalau nak tau apekah kesudahannya...





 **Jalan cerita yang sangat menarik dan enjoy..cerita ini amat sesuai ditonton bersama keluarga dan anak-anak....pasangan kekasih pun boleh tgk juga..ehh, cakap jela sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..kan senang!

6 ulasan:

  1. woww...bestnya dah pegi tengok...nanti nak bwk ank2 kita pegi tgk jgk...hari tu ada dpt tiket 1 free...nampaknya kena pegi tgk sblm expired...^__^

    BalasPadam
  2. mama lagi semangat yedok? kekeke

    BalasPadam
  3. baru je bercadang nak bawak anak tgk citer nie, weekend ni la nampaknya.
    :)

    BalasPadam
  4. izan n ida- bwk anak tgk cepat mesti enjoy especially part birdie tu joget2 sambil nyanyi...comel je semua burung tu..

    bikpah- mama 10 kali ganda semangatnye, dh mcm semangat 46 plak..

    BalasPadam
  5. ari tu makan mekdi dpt tiket wayang free tp smpai sudah x g tgk citer ni huhu..
    sini mana ada panggung huhu..kena pegi kemaman baru ada ;)

    BalasPadam
  6. pinky-meh meh...dtg tgk kt melaka meh..ble dtg uma ai skali..

    BalasPadam