Ahad, 8 Mei 2011

Istimewa Hari Ibu

Sungguh istimewa hari ibu ni..
sambutan agak meriah tak seperti tahun2 sebelum ni..
dalam keadaan cuaca yang panas melenting..
dok dalam bilik bukak ekon..
pastu turu..
itu jelah..
gile meriah kan..
korang ade??
hehehe

7.42 pm
hari semakin menutup tirai
masih tertunggu2 kalau wak rapi aku tu sudi bawak aku jenjalan
sambil makan-makan
nak harap seprais beliaw balik bawak bunga ke
sambil ckp selamat hari ibu, mama!!
memang takkan ado
sebab beliaw memang tak romatik punye orang
janganlah nk berangan
masih berharap lagi neh
tapi cam takde harapan jek..
sebab beliaw pn lom balik keje lagi neh..
hehehe....sian aku  ( +_____+)

Teringat ibu di kampung...ops saya panggil mak ye..

cerita emak

Seawal usia 12 tahun mak sudah keluar menoreh demi mencari rezeki
atok n nenek aku sangat garang...bukan jam 6 atau 7 pagi, tapi pukul 1 pagi mak sudah kayuh basikal yg mana mase tu keadaan jalannya takle sehalus jalan sekarang...semak samun kiri kanan, berbatu-batu dan bertanah merah..
sudahla keluar jam 1 pagi, ditinggal pula oleh atok aku jauh di belakang..penah sekali mak menjerit bilamana tiba-tiba sekor beruang jatuh terduduk depan basikal mak..
bukan setakat menoreh, mak jugak penah kerja kong si kong (sumpah sampai sekarang aku xtau camne rupe keje kong si kong tu)
satu ketika, mak hanya mampu mengangkat kaki sambil menangis ketakutan sebab sekor anjing garang kejar basikal mak yang ketika tu mahu keluar untuk bekerja

Selalu aku titiskan airmata bila mak cerita pasal ni

Disaat kawan2 sebaya mak sibuk main getah zeropoint, tapi mak sudah sibuk masak nasik gunakan dapur kayu
disaat kawan2 sebaya mak sibuk bermain sorok-sorok, mak pula sibuk menjaga adik sambil siapkan hidangan lauk untuk atok n nenek makan
disaat kawan2 sebaya mak sibuk baca buku , mak pula sibuk cari kayu api utk simpanan hr esok..

dan akibat itu, mak terpaksa berhenti sekolah

Mak tak pernah terima kasih sayang seperti kanak-kanak lain
yang mak dapat hanya tengking, maki, pukul, tampar
kalaupun mak mahu bermanja-manja, arwah moyangla tempatnya
walaupun atok n nenek garang, tapi mak degil juga
pernah mak curi-curi bawak moto atok, dan akibatnye bila atok aku dapat tahu, habis dikejarnye mak keliling kampung dengan kayu..

Ketika usia mak 16 tahun, mak sudah dijodohkan
dengan abah aku
derita mak tak berakhir disitu
dah kawin pn mak masih dimarah, dipukul
aku pn tak tahu kenapa atok n nenek aku bersikap begitu
sampaikan ketika mak melahirkan abang aku yang sulung, nenek aku ambil abang aku dan tak benarkan mak tengok abang..betapa deritanya mak ketika itu
bertambah-tambah derita mak bila kanser payudara datang menyerang mak ketika itu..
darah dan nanah meleleh-leleh keluar
sampai abah aku kata, tengok pada keadaan mak, mungkin mak tiada harapan lagi
zaman dulu-dulu manede gi spital seme tu
mak hanya berubat kampung
berkat Allah s.w.t yang mahukan mak terus meniti hidup, alhamdullilah mak pulih semula

Hidup mak berubah bila abah dipanggil ke tanah rancangan pada sekitar tahun 1980-an (memang aku lupe tahun yg tepat tapi sekitar 80-an la)

Walaupun keadaan tanah rancangan pada waktu tu takla sesenang sekarang
tapi syukur sebab mak boleh keluar dari kesengsaraan
mak bina hidup baru disitu,
dan hasilnye lahirlah 3 adik beradik aku yang lain termasuk aku di tanah rancangan itu
(aku ade 6 adik beradik)

Pada mata aku, mak memang semulia-mulia insan yang ade dalam dunia ni
mak tak pernah ajar aku untuk jadi bongkak, mak ajar aku jadi pemaaf
hinggakan saat anak mak di perkotak-katikkan oleh orang pun, mak masih mampu cakap, sabarlah nak
bila kami cerita tentang orang yang buruk perangai pun, mak akan kata, sudahla nak,nanti pahala kita pergi kat dia pulak
bila hati mak disakiti pun, mak masih mampu senyum
mak tak suka kami cerita keburukan orang
kata mak itu adalah mengumpat
dan mengumpat itu berdosa
mak selalu cerita kisah2 teladan pada kami
kisah anak yang lupa ibu bapanya
kisah setianya seorang isteri
semua tu aku ingat

Aku tahu akulah anak mak yang paling nakal
tapi mak tak penah pilih kasih, kasih sayang mak pada anak-anaknye adalah sama
cuma kadangkala si anak yang tak pandai ambik hati mak

aku dengan mak....hidung aku tu...macam buah jambu..


Aku
walau jauh mana pun aku berada
aku tak penah lupe jengok mak
dulu mase aku di Dungun, sebulan sekali aku mesti balik kampung
sebab aku rindukan mak
sampai dah kawin ni pun, jika ade kesempatan, aku akan balik ketemu mak
kerana aku rindukan mak

Aku penah 2 kali jalani Operation buang Bartholyn Cyst, 2 kali jugalah mak datang tengok aku biarpun susah.  Bukan aku je, mak mesti ade bila ade antara ahli keluarga aku yg masuk hospital..saat kakak ipar aku keguguran, kakak ipar aku mahu melahirkan, mak tak penah bezakan kasih sayang antara anak, menantu dan cucu.

Makla tempat aku mengadu kala susah, mak jugalah orang terawal yang tahu jika aku ade berita gembira untuk dikongsi bersama.  Mak yang datang menolong tika aku susah, mak jugala yang aku akan kongsikan bersama kesenangan aku.

Untuk anak-anak diluar sana, walau sejauh manapun anda berada, walau setinggi manapun jawatan yang anda pegang, walau sesibuk manapun tugas anda, selagi anda masih ada EMAK, pulanglah...kerana tiada ape yang lebih indah pada seorang ibu, selain mengharapkan anaknye pulang...

Mak, pada hari ibu yang penuh bermakna ini,
anakmu ini mendoakan mak agar sentiasa sihat dan dumurahkan rezeki.
oklah...nak tipon mak jap..tata titi tutu!!

mak n abah aku...yang tengah tu brader aku...gambar curik dari blog kakak ipar aku...berapa banyak aku daa..

5 ulasan:

  1. selamat hari ibu...

    jasa dan pengorbanan mak kita jauh lebih tinggi dari pengorbanan yg kita terpaksa korban utk membesarkan anak kita, sebab sekarang ni serba canggih, serba ada, sedangkan mereka serba xder..contoh paling ringkas jer..kita sekarang baju pun mesin basuh, anak sorang jer plak tu, xlarat nak basuh tangan..mak kita anak 6, kena angkut air di telaga lagi, basuh tangan jer...tapi baju semua bersih..hehe..

    BalasPadam
  2. b.m- ai setuju sangat yu...kita ni kira beruntung la kan dikurniakan dgn kemudahan mcm sekarang ni...tak mcm mak kita dulu-dulu...sebab tu kita kene hargai sgt2 jasa dan pengorbanan mak kita...bukan mase hari ibu je, hari2 lain pn kene ingt gak..hehe

    BalasPadam
  3. Salam Cikyan, Pabila sis Ratna di-noktah terakhir terasa begitu hiba sayu sekali apa yang telah Emak Cikyan lalui selama sepanjang hidupnya, ya ampun ... lindungi lah Emak Cikyan dengan perhatian yang dipenuhi oleh kasih-sayang juga jagaan bagi menghargai diri beliau sebagai seorang Ibu mithali. Pintaan sis Ratna.

    Cikyan, penderitaan hidup yang pedih itu sama serupa yang dialami oleh Ibunda sis Ratna dan ngerti sepenuhnya makna dan maksud penderitaan yang sekejam-kejam zalim tanpa ber-peri-kemanusiaan itu.

    Maka itu Emak Cikyan telah di-berkati oleh Allah SWT dengan membalas segala keperitan susah hidup juga penderitaan yang "extreme" itu dengan umur-usia yang panjang namun masihi tetap tabah, cekal dengan sebuah semangat yang suci maka itu Allah menyembuhkan cancer payudara walau pun di-ubati secara tradisional/kampong, Alhamdulillah Cikyan punyai anak hati yang lembut tahu menghargai sebuah kasih-sayang dari seorang Emak yang suci dimana tidak pernah mengeluh dengan apa juga yang dihadapinya selama ini. Sayangi lah Emak Cikyan dengan mulianya kerana bagi sis Ratna Emak Cikyan adalah seorang Emak mithali yang berhemah tinggi lagi suci, beliau berhak disanjung tinggi diatas segala pengorbanan-nya selama ini terhadap Cikyan dan adik-beradik semua. Bertuah sungguh Cikyan punyai seorang Emak yang punyai keluhuran diri yang tinggi lagi suci. Sampaikan salam mesra buat Emak Cikyan dari sis Ratna ya.

    Selamat Hari Ibu buat Cikyan dan salam kasih dari sis Ratna yang ter-jauh juga salam manis manis madu.

    BalasPadam
  4. sis ratna yang jauh-

    memang bertuah jika dikurniakan mak yg memahami

    mak yg sentiasa disaat kita susah dan senang

    semoga mak diberkati...

    buat sis juga, selamat hari ibu

    BalasPadam