Isnin, 28 Februari 2011

aku rindu kamu

ku titipkan puisi ini khas untukmu insan yang bergelar sahabat....
ecececeh...jiwang dowhh...
geli bulu ketiak mak ni haa....

Sahabat...
tiada kata yang mampu kulafazkan..
hanya ungkapan terima kasih..
kerana kamu sudi menjadi sahabatku..
meskipun kau tahu bahawa aku..
hanya insan lemah yang peel cam hampeh dan kepala gila-gila ini..

Sahabat...
andai kata aku pernah melukakan hatimu..
jika aku pernah termengata tentangmu..
hanya maaf yang mampu aku ucapkan..
kerana aku..
hanya insan lemah yang peel cam hampeh dan kepala gila-gila ini..

Sahabat..
sekiranya kita ditakdirkan tidak ketemu lagi..
aku mahu kau tahu..
bahawa aku amat bersyukur..
kerana dipertemukan dengan sahabat sejati sepertimu..
yang mampu dihadir disaat aku suka..
mahupun aku duka..
tapi selalunye suka jela..
duka aku tanggung sorang2..
sebab aku kan hampeh..
tak suka cite kesedihan aku pada orang lain..

Sahabat..
kenangan bersamamu tetap segar dalam ingatanku..
ingatkah kau saat kita sama2 ponteng puasa dan makan McD dalam kenderaan berwarna kuning dibawah pokok togel dekat2 area kemaman??
ingatkah kau kita saat kita ketuk kepala budak dengan radio disaat budak tu kata kita pencuri??
ingatkah kau saat kita kene kejo sebab kita rembat basikal orang??
ingatkah kau si dahi sempit yang kita jerit nama dia kuat2 pastu kita pecut naik basikal sebab takut dia nampak muka kita??
ingatkah kau kisah si Tika gemok gedempol dan air kotak soyanya??
ingatkah kau peristiwa kedai dobi??
ingatkah kau kisah kita bercuti makan angin ditaja sepenuhnya di Glory Beach Resort PD?
ingatkah kau kita selalu bangun pagi2 pastu tanpa gosok gigi kita terus makan kuih piring??
ingatkah kau gurauan tentang spenda berpoket warna pink?
ingatkah kau lagi tentang nagi goreng tambah ayam di cafe makcik seribu tahun??(gila lama nk tunggu makcik tu masak)
ingatkah kau saat kita nyanyikan lagu gerak khas masa kita kene tahan ngan polis on the way gi kl..dan polis tu hanya mempu tersenyum ala-ala kambing??
sungguh indah semua itu..

Oh sahabat....
jangan kau lupe kenangan kita itu..
jangan sesekali kau buang dari kotak pikiran..
kerana ingatan itu tetap segar dalam pale otak aku ni..
dan akan segar sampai bila-bila..

Sahabat..
tika ini aku amat merindui kalian..
bilakah kita mahu berjumpa..
kerana telah terlalu lama kita menyepi membawa haluan masing-masing..
kita telah terpisah jauh..
bertahun-tahun tak berjumpa..
jangan2 kamu sudah melupai diriku ini..

Sahabat..
aku dah takde idea nak merepek lagi..
aku nak sambung masak nasi..

2 ulasan: