Selasa, 5 Julai 2011

Semoga Rohmu Tenang Disana

Tanggal 2 Julai 2011

Kami semua sepatutnya balik kampung untuk sambut Kenduri Punggahan (sambut ramadhan).  Tarikh ni adalah pilihan nenek aku which is i called her Makwo.

Semua anak cucu balik except adelah sorang dorang tigorang patorang yang tak dapat balik atas sebab tertentu.  Sebenarnya tiga hari before kenduri tu Makwo dah tak berapa sihat plus tak lalu makan asyik muntah-muntah dan sakit perut tapi beliaw takmo pegi hospital.

Tapi pada hari itu bila abang aku alias cucu sulung sampai dikampung dan dilihat keadaan Makwo yang amat tidak bermaya plus sangat2 lemah lantas dipujuk her ajak pegi hospital dan ajaibnya dia terus nak.

Sampai hospital doktor admit keadaan Makwo dah semakin kritikal kerana telah dijangkiti kuman.  Dia mesti dimasukkan ke ICU segera malangnya ICU Hospital Segamat pada hari itu amatlah penuh sepenuh-penuhnya maka Makwo ditempatkan di wad biasa dan dipasang segala macam alat.

Petang itu, bila aku sampai di kampung dan dapat tahu keadaan sebenar maka bergeraklah aku dan suami dan anak-anak ke Hospital Segamat demi melihat sendiri keadaan Makwo.

Bila kaki melangkah masuh ke Wad 4 alangkah sayu sedih pilu dan sebak melihat keadaan Makwo.  Waktu itu dia sudah tidak sedarkan diri.  Dengan kepayahan dia untuk bernafas aku hanya mampu menitiskan air mata.  Doaku agar dia segera sembuh walaupun Doktor telah beri kata putus bahawa tiada harapan untuknya tetapi aku tetap berharap dia akan sembuh.

Di kampung, kenduri tetap diteruskan.

Then aku ambil keputusan untuk tidur kt uma sis in law aku yg umahnya tak sampai 10 minit dah sampai Hospital Segamat jadi senangla aku nak ke hospital in case berlaku apa-apa lagipun mak aku perlu stay kt hospital  malam tu untuk jaga Makwo jadi senangla aku nk berrunner ke sana kalau mak aku perlukan ape-ape nanti.

Tak lama lepas aku tinggalkan perkarangan hospital kami dapat berita Makwo sudah pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya.  Pergi pada hari yang sama kenduri yang masih berlangsung di kampung.  Kakak aku kata masa dia terima panggilan membawa khabar sedih itu, mereka baru sahaja selesai membaca yasin.  Sungguh dia seperti sudah tahu yang dia akan pergi dan sebenarnya kenduri itu adalah untuk dirinya sendiri.

Aku sebak.

Jenazah sampai di kampung pada malam itu juga namun hanya akan dikebumikan pada keesokan harinya.

Sayangnya aku dalam keadaan tidak bersih, maka segala urusan bacaan yasin, memandikan jenazah dan mengkafankan, aku hanya dapat memerhatikan sahaja.

Sampai ke saat jenazah dikebumikan, mak aku terlalu sebak.  Aku perlu tenangkan dia.

"Sabarlah emak.  Yang pergi tetap pergi.  Semoga rohnya ditempatkan disisi orang beriman "



Malam itu,selepas majlis tahlil, aku pulang ke Melaka dengan linangan air mata dan kenangan bersama arwah Makwo satu persatu terlihat kembali.

Aku teringat waktu dimana dia datang ke rumah mak aku yang sejauh 85km dengan atuk aku menaiki moto semata-mata hanya mahu menghantar makanan kepada cucu-cucunya.

Aku teringat dia selalu meminta aku potongkan kuku kerana matanya sudah kurang jelas.  Waktu tu aku berusia belasan tahun.

Aku teringat dia selalu puji-puji aku pandai hias bilik.  Waktu tu aku berusia belasan tahun juga.

Aku teringat semua kenangan bersama dia.

Selepas ini.  Tiada lagi wajah yang menunggu kepulangan kami di tingkap Rumahnya Syurganya sambil bersandar dikerusi.

Berakhir sudah penderitaannya.  Semoga rohmu tenang disana dan ditempatkan disisi orang-orang beriman.  Amin.

Disini.

3 ulasan: