Jumaat, 29 Julai 2011

LiE To Me yang menggilakan aku.

Malam tadi.   Masa orang lain sibuk terjerit-jerit tengok bola, aku plak sibuk berangan sensorang sambil senyum simpul macam kambing.  Kan ade segmen dlm surat kabo tu tajuk dia senyum kambing.  Ha, macam tula senyuman aku.  Orang lain yang aku maksudkan tengok bola tu sebenarnye laki aku sorang je.  Anak dara aku yang dua tu mane ade mase nak layan bola.  Dorang sibuk buat sepah kat bilik.  Tapi masa bapak dia jerit gol pandai plak dorang tolong tambah kemeriahan dengan jerit sama2.  Tak sampai seminit sambung balik usaha menjadikan bilik dorang macam tapak pelupusan sampah.   Lantak.  Aku malas nak bising.  Sebab aku tengah berangan kan.  Jadi mood aku baik.  Cuba kalau aku tak berangan.  Garang macam singa.  Singa pun tak garang dengan anak2 dia macam aku.

Hey la mukadimah pun nak panjang-panjang.  Aku kalo menceceh memang tak ingat.  Nampak je macam diam.  Tapi awas!  Sekali aku dah buka mulut susah aku nak tutup.  Nama aku kan Yan jadik aku dengan tempayan tu dah macam adik beradik la nama dah dekat-dekat.  Sebab tu ade peribahasa mulut tempayan.  Kan aku dah stat balik.

Aku sebenarnye nak bagitau ape yang membuatkan aku senyum macam kambing tu.  Kalau korang tgk kt profile aku tu kan aku tulis aku suka tengok cite korea.  Tapi tak semua cite korea aku layan.  Aku layan yang ade hero hensem je.  Tapi cite yang aku layan kali ni memang best gile la.  Cite Sikit Punye Gila yang  Makcik Joyah berlakon pakai bikini dulu pun tak sebest gila mcm cite ni.  Cite ni la yang membuatkan aku senyum toye.













Bes gile dahla ade pakwe hensem gile,romantik gile.... kaya gile lagi tu.  Gila...gila.....






hehehe...malu.  
Aku kononya berangan akula yang jadi Gong Ah Jung tu..  Ya Allah toyenye aku.  Kalau laki aku tau ni mesti dia kata aku gila. 

Cite ni memang bes.
Tajuk dia Lie To Me.  Boleh tonton kat chanel 393 One Hd tiap hari rabu n khamis pukul 9.05 malam.  Yang takde B'Yond tu ble tengok kat MySoju.Com.  Aku bagi 5 bintang untuk citer ni.  Wah, tetiba jadi pengkritik drama plak.  Mehla tengok same2.  Ble jadi gila macam aku.  Heeee...

*sambung balik layan episod yang aku termissed aritu...gila..gila...memang tak syak lagi aku dah gila.

Selasa, 26 Julai 2011

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua






*semoga puasa kita diberi kaf-ba-ro-kaf-alif-ta-nun
keberkatannnnnn ye anak-anak...



Jumaat, 15 Julai 2011

SEOUL -Aku kat sini!

Bukan-bukan.  Bukan kat Seoul Korea tu. Yang itu memang takkan ado punye. 
Kali ni akak nak bawak uoll semua menjengah tempat mentekedarah yang paling lazat dan meriah uollssss!! Tengok pondan tak pondannye aku!

Seoul Garden nama memang langsung tak familiar tapi bila kaki masuk je kt dalam tu macam umak aih!! Semua benda pun ko nak makan termasuk kerusi meja ngan periuk steambot dia skali.

Ok.  Dah berkurun dok kat Melaka pn still tak tau ade tempat makan yang gila-sedap-bes-tak hengat-lazat-mabeles.  Nasib baik cousin kenalkan tempat ni jadi cam tak rugi sangat la pas ni ble makan tiap-tiap minggu.

Seoul Garden ni konsep dia makan sampai pengsan.  Ade steambot and grill juga.  Harga RM29++ for adult kanak-kanak aku tak ingat.  Makan ala-ala buffet amik jela ape yang korang nak dan sila makan sampai waiter tu cakap "maaf kak, kedai kami dah nak tutup"


Ok.  Lokasinya adalah dalam Mahkota Parade kat ground level and kalau tak silap aku ade branch kt penang kot.  Bagi penggemar steambot dan grill, akak cadangkan korang pegila makan kat sini situ sana sini.  and tolong makan on behalf akak..


Mari-mari tengok gambar plak
Meja barbeque orang??

Semasa mak bapak sibuk membayar anak-anak pula sibuk bermain osom sampai menggigil kamera nak amik gambo.




Sandarkan pada kenangan kekenyangan!
Jangan pandang kamera otherwise kau akan kerugian 5 saat masa makan.
Bila perut sudah kenyang anak-anak terus bertukar jadi patung.  Tak, mak bukan mak kuntum yang sanggup menyumpah si tanggang menjadi batu.


Ok.  Tamat.

Selasa, 5 Julai 2011

Semoga Rohmu Tenang Disana

Tanggal 2 Julai 2011

Kami semua sepatutnya balik kampung untuk sambut Kenduri Punggahan (sambut ramadhan).  Tarikh ni adalah pilihan nenek aku which is i called her Makwo.

Semua anak cucu balik except adelah sorang dorang tigorang patorang yang tak dapat balik atas sebab tertentu.  Sebenarnya tiga hari before kenduri tu Makwo dah tak berapa sihat plus tak lalu makan asyik muntah-muntah dan sakit perut tapi beliaw takmo pegi hospital.

Tapi pada hari itu bila abang aku alias cucu sulung sampai dikampung dan dilihat keadaan Makwo yang amat tidak bermaya plus sangat2 lemah lantas dipujuk her ajak pegi hospital dan ajaibnya dia terus nak.

Sampai hospital doktor admit keadaan Makwo dah semakin kritikal kerana telah dijangkiti kuman.  Dia mesti dimasukkan ke ICU segera malangnya ICU Hospital Segamat pada hari itu amatlah penuh sepenuh-penuhnya maka Makwo ditempatkan di wad biasa dan dipasang segala macam alat.

Petang itu, bila aku sampai di kampung dan dapat tahu keadaan sebenar maka bergeraklah aku dan suami dan anak-anak ke Hospital Segamat demi melihat sendiri keadaan Makwo.

Bila kaki melangkah masuh ke Wad 4 alangkah sayu sedih pilu dan sebak melihat keadaan Makwo.  Waktu itu dia sudah tidak sedarkan diri.  Dengan kepayahan dia untuk bernafas aku hanya mampu menitiskan air mata.  Doaku agar dia segera sembuh walaupun Doktor telah beri kata putus bahawa tiada harapan untuknya tetapi aku tetap berharap dia akan sembuh.

Di kampung, kenduri tetap diteruskan.

Then aku ambil keputusan untuk tidur kt uma sis in law aku yg umahnya tak sampai 10 minit dah sampai Hospital Segamat jadi senangla aku nak ke hospital in case berlaku apa-apa lagipun mak aku perlu stay kt hospital  malam tu untuk jaga Makwo jadi senangla aku nk berrunner ke sana kalau mak aku perlukan ape-ape nanti.

Tak lama lepas aku tinggalkan perkarangan hospital kami dapat berita Makwo sudah pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya.  Pergi pada hari yang sama kenduri yang masih berlangsung di kampung.  Kakak aku kata masa dia terima panggilan membawa khabar sedih itu, mereka baru sahaja selesai membaca yasin.  Sungguh dia seperti sudah tahu yang dia akan pergi dan sebenarnya kenduri itu adalah untuk dirinya sendiri.

Aku sebak.

Jenazah sampai di kampung pada malam itu juga namun hanya akan dikebumikan pada keesokan harinya.

Sayangnya aku dalam keadaan tidak bersih, maka segala urusan bacaan yasin, memandikan jenazah dan mengkafankan, aku hanya dapat memerhatikan sahaja.

Sampai ke saat jenazah dikebumikan, mak aku terlalu sebak.  Aku perlu tenangkan dia.

"Sabarlah emak.  Yang pergi tetap pergi.  Semoga rohnya ditempatkan disisi orang beriman "



Malam itu,selepas majlis tahlil, aku pulang ke Melaka dengan linangan air mata dan kenangan bersama arwah Makwo satu persatu terlihat kembali.

Aku teringat waktu dimana dia datang ke rumah mak aku yang sejauh 85km dengan atuk aku menaiki moto semata-mata hanya mahu menghantar makanan kepada cucu-cucunya.

Aku teringat dia selalu meminta aku potongkan kuku kerana matanya sudah kurang jelas.  Waktu tu aku berusia belasan tahun.

Aku teringat dia selalu puji-puji aku pandai hias bilik.  Waktu tu aku berusia belasan tahun juga.

Aku teringat semua kenangan bersama dia.

Selepas ini.  Tiada lagi wajah yang menunggu kepulangan kami di tingkap Rumahnya Syurganya sambil bersandar dikerusi.

Berakhir sudah penderitaannya.  Semoga rohmu tenang disana dan ditempatkan disisi orang-orang beriman.  Amin.

Disini.

Kau Pergi

Sayu terpisah

Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

Berhembus angin rindu

Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini

Bagaikan tiada henti

Kaulah laguku kau irama terindah

Tak lagi kudengari

Kau pergi... pergi...

Sepi tanpa kata

Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa

Apa pun kata mereka

Biarkan kenangan berbunga di ranting usia



Hujan lebat mencurah kini

Bagaikan tiada henti

Kaulah laguku kau irama terindah

Tak lagi kudengari

Kau pergi... pergi...



Hujan lebat mencurah kini

Bagaikan tiada henti

Kaulah laguku kau irama terindah

Tak lagi kudengari

Kau pergi... pergi...

Kau pergi... pergi...

Pergi...